top of page

Inovasi Staf PBU Terima Anugerah Berlian di InIIC Series 1/2020

Updated: May 9, 2020

Walaupun dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 pada masa kini, ia tidak menghalang para ahli akademik menonjolkan hasil inovasi masing-masing dalam pertandingan "International Invention & Innovative Competition (InIIC Series 1/2020) yang berlangsung pada 18 April 2020. Pertandingan dianjurkan oleh MNNF Network dengan memanfaatkan teknologi digital sepenuhnya.


Kumpulan staf PBU telah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada Pn Tan Rhu Choon, En Azrayhafizi Matzin dan En. Mohd Zaidil Adha Mat Hussin dengan projek bertajuk "GPA Tracker". Lebih membanggakan, projek mereka telah memenangi Anugerah Berlian bagi kategori Profesional A2: Sains, Kejuruteraan dan Teknologi. Syabas diucapkan!





Pencapaian ini membuktikan hasil inovasi staf PBU mampu menandingi Institut Pengajian Tinggi lain di arena antarabangsa. Politeknik Kuching Sarawak tidak kurang hebatnya kerana telah menerima Anugerah Emas dalam kategori yang sama.



Commentaires


Post: Blog2_Post

048689000

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2019 by Unit Penyelidikan & Inovasi PBU. Proudly created with Wix.com

bottom of page