top of page

National Digital Technology and Education Conference 2022 (NaDiTEC'22)

NaDiTEC merupakan persidangan penyelidikan yang julung kalinya bakal diadakan dengan mengetengahkan Teknologi Digital sebagai tema utama. Tema ini dilihat sangat relevan dengan situasi semasa di mana penggunaan teknologi digital telah menjadi norma baharu, malah telah menjadi kemestian dalam kehidupan seharian. Impak pandemik COVID-19 telah mengubah cara manusia melaksanakan pelbagai aktiviti, termasuk aktiviti pendidikan yang amat perlu kepada penggunaan teknologi digital bagi menjamin kelangsungan penyebaran ilmu.

Syukur ke hadrat Ilahi, persidangan ini akhirnya berjaya dilaksanakan pada 30 Mac 2022, yang mana ia sepatutnya dilaksanakan pada September 2021 dek kerana terlalu sedikit penyertaan yang diterima.


Buku Program:


E-Prosiding NaDiTEC'22:


Maklumat lanjut mengenai persidangan boleh dicapai di laman sesawang rasmi NaDiTEC iaitu https://naditec.com.my/.


Gambar-gambar sekitar persidangan:


Saluran YouTube Rasmi:


Kami dari pihak penganjur (Politeknik Balik Pulau, Politeknik & Kolej Komuniti Zon Utara, JPPKK dan Koperasi Politeknik Balik Pulau Berhad) ingin merakamkan sekali lagi ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Peserta, Panel Penilai jemputan dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam NaDiTEC'22.

26 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page