ReCoVET 2019: Kolokium Pertama PBU
- UPIK PBU
- Nov 20, 2019
- 1 min read
Updated: Nov 21, 2019
Pada 13 November 2019 yang lalu, UPIK PBU dengan kerjasama JTMK PBU telah menganjurkan "First Research Colloquium on Digital Technology & TVET" (ReCoVET 2019) di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kolokium yang bertemakan "Digitization TVET for Global Competetiveness" ini pada awalnya mensasarkan 30 pembentangan kertas ilmiah daripada para akademia PBU dan juga Politeknik / Kolej Komuniti di sekitar Pulau Pinang. Namun begitu, penyertaan yang diterima amat memberangsangkan iaitu sebanyak 35 kertas penyelidikan, yang mana 3 daripadanya adalah dari luar PBU. Institusi luar yang terlibat adalah Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor dan Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor.
Kolokium ini dirasmikan oleh Pengarah PBU iaitu Yang Berbahagia En. Abdul Hanif bin Mustapha. Majlis perasmian penutup diisi dengan penyampaian sijil pembentang terbaik dan juga cenderahati kepada panel jemputan. Tahniah kepada Kolej Komuniti Pasir Gudang yang menerima anugerah Pembentang Terbaik pada ReCoVET kali ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan urusetia ReCoVET 2019. Adalah diharapkan kolokium ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.
Comentários