Bengkel Penulisan Penyelidikan Menggunakan MS Word & Perisian Mendeley
- UPIK PBU
- Jul 3, 2019
- 1 min read
Berapa ramai yang tahu menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi dalam aplikasi MS Word dalam penulisan penyelidikan atau penulisan buku? Mungkin kebanyakan kita hanya tahu menggunakan fungsi-fungsi yang asas sahaja semasa menulis.
Justeru, UPIK menyediakan platform kepada para pensyarah agar dapat memaksimumkan penggunaan aplikasi sedia ada iaitu MS Word khususnya dalam menyiapkan tesis atau kajian ilmiah. Bengkel ini berlangsung pada 3 Julai 2019, di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Balik Pulau. Jumlah sasaran peserta adalah 90 orang staf akademik PBU (gred DH).
Selain itu, perisian Mendeley juga sangat berguna dalam penulisan terutamanya dari segi penyusunan senarai rujukan dalam tesis atau penerbitan buku.
Penceramah untuk bengkel ini adalah En. Mohd Razif bin Mustapha dan En. Muhammad Zulfaris bin Mohd Salleh. Kedua-duanya adalah pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PBU. Mereka turut aktif dalam kajian ilmiah serta penulisan tesis, jadi pemilihan mereka sebagai penceramah adalah tepat.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan dan juga tugasan seharian.
Comentarios